Suhaimi Saad, Ina Naim tubuh kumpulan nasyid Bismillah bersama anak-anak

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad bakal tampil dengan sebuah kumpulan nasyid baharu yang dianggotai oleh empat orang anaknya termasuk isteri, Ina Naim.

Menurut Suhaimi,41, kumpulan tersebut diberi nama sebagai Bismillah akan muncul dengan sebuah album yang difahamkan masih lagi dalam proses pembikinan.

“Bismillah. Kami sedang menyiapkan sebuah album gandingan suara Suhaimi Saad, Ina Naim dan anak-anak.

“Album kumpulan Bismillah ini akan diterbitkan pada awal Ramadan depan insya-Allah,” kongsi Suhaimi di Instagram.

SUHAIMI Saad memberitahu albumnya sudah boleh ditempah

Tambah Suhaimi lagi, album yang mengandungi 10 buah lagu itu sudah boleh ditempah kerana ia dikeluarkan dalam jumlah yang terhad dan eksklusif.

Katanya lagi, lagu-lagu yang terkandung di dalam album itu turut diselitkan dengan sebuah zikir dan ia dijual pada harga RM30 termasuk kos penghantaran.

ANAK-anak Suhaimi dan Ina yang juga anggota kumpulan Bismillah

Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Ina pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata,Ehmad Hadie El Fardie,13, Sallman El Khoyri,11, Phyrosh El Fadwah,9 dan Nurlayla El Ghufrony,7.

Suhaimi sekeluarga kini menetap di Kelantan dan dia kini memerlukan bantuan isteri untuk urusan harian disebabkan mengalami masalah penglihatan yang teruk.

Malah, ke semua anaknya juga tidak dihantar ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan formal sebaliknya mereka diajar secara kaedah pembelajaran sekolah di rumah (home schooling) yang mana Suhaimi dan Ina bertindak sebagai pengajar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This