BAHAN
1 kg daging – potong sederhana kecil
340 ml kicap lemak manis
150 ml cili kisar
3 labu bawang besar – belah empat
3 tangkai cili merah – belah dua
10 tangkai cili padi – buang tangkai
15 helai daun kari
3 batang serai – titik
Sedikit gula

BAHAN KISAR
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 ½ cm halia
1 ½ cm lengkuas

CARA
1.Perap daging bersama kicap dan bahan kisar selama 3 hingga 4 jam.
2.Panaskan minyak, tumis daun kari dan serai sehingga naik bau.
3.Masukkan daging yang telah diperap dan masak sehingga empuk.
4.Apabila kuah agak pekat, masukkan bawang besar, cili merah, cili padi dan gula. Kacau sebati.

Resepi: Mazenah Baba