Ketahui antara makanan kegemaran Rasulullah s.a.w. yang mengandungi banyak khasiat dan bermanfaat pada tubuh badan. Elok jika dapat dijadikan diet harian.


1. Barli  

Bagus untuk demam jika dibuat sup.

Jika Rasulullah s.a.w diberitahu bahawa si pulan sakit dan tidak mahu makan apa pun, Baginda bersabda,“Buatlah bubur talbinah dan suapkanlah kepadanya. Demi zat yang diri ku ada dalam genggaman-Nya sesungguhnya bubur talbinah mampu membersihkan perut salah seorang di antara kamu sebagaimana salah seorang di antara kamu membasuh mukanya dengan air daripada kotoran.”


2. Kurma

Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan. Selain itu dari Saad bin Abi Waqas, Nabi s.a.w. bersabda, “barangsiapa makan kurma ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun atau sihir”


3. Buah Tin

Buah dari syurga. Kaya dengan nutrien, rendah kalori. mengandungi vitamin A,vitamin C, vitamin B kompleks dan vitamin E. Mengubati saluran pencernaan, buasir, jantung, anemia dan kesihatan tulang.


4. Anggur

Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, dan membersihkan perut.


5. Madu

Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, serta membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (segala jenis)

Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.


7. Susu

Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, dan  membuang kelupaan.


8. Cendawan

Baik untuk mata, dan perancang keluarga.


9. Minyak zaitun

Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.


10. Delima

Dalam sebuah athar, Baginda s.a.w. bersabda, “Makanlah buah delima beserta kulitnya, sesungguhnya kulitnya dapat membersihkan perut besar. Tidaklah sebutir biji buah delima berada dalam perut seorang muslim melainkan ia akan meneranginya dengan mengusir syaitan serta godaannya selama 40 hari”.  Delima juga sangat baik untuk jantung dan mencegah kanser.


11. Cuka

Nabi selalu minum dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoran Itali)


12. Air kosong

Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.