Cef Zaidah kongsi resipi nasi ketumbar maheera…mudah dan sedap

0
535

BAHAN
¾ cawan beras basmati
¼ cawan bawang besar hiris
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 helai daun bay
¼ cawan kentang potong dadu
¼ cawan lobak merah potong dadu
¼ cawan daun ketumbar
¼ cawan kacang pis
1 ½ cawan air
2 sudu besar minyak masak
Garam

BAHAN TUMIS
2 kuntum cengkih
2 biji buah pegaga
2 tangkai cili hijau
2 cm kulit kayu manis

CARA
1.Basuh beras dan rendam selama 15 minit. Tuskan.
2.Panaskan minyak, tumiskan cengkih, pegaga, daun bay, kulit kayu manis.
3.Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis sehingga naik bau.
4.Masukkan kentang, lobak merah, daun ketumbar dan kacang pis serta garam. Masak sehingga sayur empuk dan sebatikan rasa.
5.Akhir sekali masukkan beras serta air secukupnya. Tanak nasi sehingga masak.

Resipi: Cef Zaidah