SELEPAS empat tahun menanti, Hetty Sarlene dan suami kini menimang cahaya mata sulung

KUALA LUMPUR – Penyanyi Hetty Sarlene selamat melahirkan cahaya mata lelaki di Singapura, semalam.

Bayi yang diberi nama Landon Alexander Oakes disifatkan Hetty,37, sebagai satu keajaiban yang hadir dalam hidup mereka.

“3.25 petang, bayi ajaib kami dilahirkan ke dunia ini dengan seberat 3.2 kilogram.

“Kami ingn memperkenalkan kepada anda semua, bayi comel kami, Landon Alexander Oakes.

“Segala kesakitan, tidur malam yang tidak mencukupi, hampir 16 jam bertarung nyawa di dalam bilik bersalin, dua hingga tiga minit kontraksi yang sangat tegang, proses meneran, rasa loya semuanya berbaloi!,” katanya.

Julai tahun lalu, pelantun lagu Sangsi Asmara itu berkongsi berita gembira tentang kehamilannya di media sosial selepas penantian empat tahun bagi mendapatkan zuriat.

Hetty mendirkan rumah tangga dengan Daniel Oakes pada 23 Julai 2016.

Hetty sebelum ini pernah menyertai program Gegar Vaganza musim kelima (2018) selepas begitu lama menyepi dari radar industri seni tempatan.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

HETTY berkongsi gambar bayi lelakinya