Kisah perisik Rusia yang memeluk Islam 10 hari sebelum kematiannya

Dari Penulis

Disemadi sebagai Islam

Kereta mayat yang membawa keranda Litvinenko tiba pada pukul 1.30 petang. Di sekitar tapak kubur berkenaan, kelihatan kubur-kubur lain yang antaranya milik tokoh-tokoh terkenal seperti Karl Marx (bapa ideologi Komunis), Michael Faraday (pencipta alat dinamo yang menghasilkan elektrik), novelis George Eliot serta enam orang bekas Datuk Bandar London. 

Tapak kubur Litvinenko letaknya agak terceruk daripada pandangan umum. Kedudukannya terasing memandangkan keadaan mayatnya yang dicemari dengan radioaktif berbahaya pada kadar yang tinggi. Justeru, mayatnya disemadikan dalam keranda khas yang diperbuat daripada kayu oak yang kukuh dan tahan lasak. Di sekeliling permukaan keranda itu pula digam dengan perekat khas.

Jenazah Litvinenko diletak dalam keranda khas.

Antara jemputan yang hadir ialah Boris Berezovsky, taikun Rusia yang juga pesaing politik pemerintahan Putin yang hidup dalam buangan di London. Juga Akhmed Zakayev,  pejuang pemisah Chechen yang mendapat suaka politik oleh kerajaan Britain dan Oleg Gordievsky, bekas ‘double agent’ perisik British yang juga bekas Kolonel KGB.

Hadir sama, Alexander Goldfarb, kawan baik serta jurucakap bagi pihak keluarga Litvinenko. Goldfarb juga muncul dalam satu siaran di TV BBC untuk membaca surat yang ditulis sebelum kematian Litvinenko yang mengatakan dia diracun oleh pihak Putin.

Turut hadir, Andrei Nekrasov, pengarah filem dan drama terkenal Rusia yang beberapa kali memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Setahun selepas kematian Litvinenko, Nekrasov menghasilkan filem dokumentari ‘Rebellion: The Litvinenko Case’ yang memaparkan temu bual yang dibuat semasa hayat Alexander Litvinenko dan mendiang wartawan Anna Politkovskaya.  

Filem dokumentari tentang Litvinenko yang dihasilkan oleh Nekrasov.

Selain Isterinya, Marina Litvinenko bersama anak lelaki tunggal mereka, yang berusia 12 tahun, juga hadir bekas isteri pertama Litvinenko, Natalia, serta anak-anak hasil perkahwinan mereka.

Ibu dan bapa Litvinenko, Nina Belyavskaya dan Walter Litvinenko juga tiba beberapa hari sebelum pengebumian.

Keranda coklat tua untuk pengebumian Litvinenko disediakan oleh Agensi Perlindungan Kesihatan di London yang mengarahkan agar mayat Litvinenko ditutup rapi ekoran kandungan radioaktif yang terlalu besar dalam badannya yang dikhuatiri boleh membahayakan orang lain jika ia terdedah.

Malah, pihak berkuasa mengambil masa dua minggu untuk menyerahkan mayat Litvinenko kepada keluarganya untuk dikebumikan. Jika keluarga Litvinenko berhasrat untuk membakar mayatnya, mereka perlu menunggu sehingga 28 tahun barulah kadar radioaktif tersebut merosot hingga ke paras tidak merbahaya.

Litvinenko bersama isterinya, Marina dan anak tunggal mereka.

Ketika keranda Litvinenko perlahan-lahan diturunkan ke dalam liang lahad, berlaku satu insiden yang tidak diduga. Seorang lelaki Islam yang diundang iaitu Akhmed Zakayev tiba-tiba muncul dan terus membaca doa di hadapan keranda. Doa itu dibaca seperti yang lazim dilakukan oleh penganut Islam.

Ini menimbulkan tanda tanya di kalangan hadirin yang kebanyakannya beragama Kristian ortodoks. Akhmed pantas menjelaskan bahawa sebenarnya Litvinenko sudah memeluk Islam dan menjadi permintaan terakhirnya untuk dikebumikan sebagai seorang Islam.

Penjelasan Akhmed yang juga jiran Litvinenko bagaimanapun tidak memuaskan hati beberapa orang hadirin di situ. Ada yang tampil ke hadapan untuk menghalang imam tersebut daripada meneruskan bacaan doanya.  

Pertikaian itu bagaimanapun cepat ditenangkan oleh isteri dan ayah Litvinenko. Walter mengaku bahawa memang anaknya itu dahulu beragama Kristian Ortodoks, tetapi dia sudah memeluk Islam. Malah beliau turut menekankan bahawa Litvinenko ada menyatakan hasrat untuk dikebumikan mengikut cara Islam.

Menghormati permintaan Marina dan Walter, kedua-dua pihak menghentikan perdebatan mereka. Dan Akhmed meneruskan pembacaan doa untuk Litvinenko.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This