KUALA LUMPUR – Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia dan adiknya, Hazwani Helmi pernah disahkan positif Covid-19 pada November tahun lalu.
Heliza turut mendedahkan dia dan adiknya turut mengalami semua simptom berkaitan wabak terbabit dan bersyukur kini dia sudah kembali sembuh sepenuhnya.
“Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Dalam kepala ini banyak sangat nak kongsi, jika ada manfaat alhamdulillah.
“Alhamdulillah, perjalanan panjang Allah bagi. Keluar rumah tinggalkan keluarga pada November 2020, 1 Januari 2021 alhamdulillah akhirnya dapat kemnali ke pangkuan keluarga.
“Satu pengalaman tak pernah rasa sebelum ini. Kakja (Heliza) dan Ika (Hazwani) saling bermotivasi diri. Dalam keadaan rasa sakit sangat, Hazwani masih kena hadir kelas dan peperiksaan dalam talian.
“Masa kena Covid-19, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya. Nak sujud pun rasa macam melayang,” katanya.

Dalam pada itu, ada momen yang membuatkan dirinya sebak apabila membayangkan petugas barisan hadapan (frontliners) yang telah banyak berkorban sepanjang pandemik ini.
“Kami melihat bagaimana setiap hari keluar dan masuk ambulan yang terlalu kerap, pesakit yang mendaftar terlalu ramai, petugas barisan hadapan pula macam tak pernah rehat.
“Setiap waktu akan ada pengumuman, kita kena sentiasa bersedia nama dipanggil. Di situlah lagi jelas nampak bagaimana pengorbanan petugas barisan hadapan terlalu besar. Tulis ini pun sebak, Ya Allah.
“Siang dan malam mereka berjaga. Sungguh, kami tak mampu membalas jasa baik kalian. Dan benar, Covid-19 itu ada. Hampir semua simptm Allah bagi rasa.
“Alhamdulillah, harini Allah masih pinjamkan nyawa, syukur pada Allah,” ujarnya.
Heliza berkongsi pengalamannya itu menerusi entri di akaun Instagramnya.
Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi