Indeks CPI: Gerakan beri sokongan padu untuk SPRM terus berjuang perangi rasuah

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, parti itu akan terus memberi sokongan padu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk terus berjuang dalam memerangi jenayah rasuah dan salahguna kuasa secara habis-habisan.

Sehubungan itu kata beliau, parti tersebut menyambut komitmen SPRM untuk meneliti dan mengkaji cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) dalam usaha memerangi rasuah di negara ini.

“Walaupun kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2020 jatuh ke tangga 57 daripada 180 negara berbanding tangga 51 pada 2019. Tetapi kami percaya bahawa SPRM akan mengambil langkah-langkah sewajarnya supaya dapat mencapai peringkat yang lebih baik pada tahun ini.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, Gerakan mengambil sikap anti rasuah dan tidak akan kompromi dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Rekod kami juga membuktikan bahawa Gerakan adalah satu parti politik yang bersih dan jujur. Pemimpin Gerakan tidak pernah disiasat atau dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan rasuah,’’ tegasnya.

Beliau berkata, selama 39 tahun pemerintahan Gerakan di Pulau Pinang, tidak ada seorang pun pemimpin parti itu terlibat dalam kes rasuah.

‘’Ini membuktikan bahawa Gerakan adalah parti yang berintegriti dan berdedikasi untuk kesejahteraan rakyat,’’ katanya.

Beliau juga mengingatkan semua ahli Parti Gerakan untuk menanam tekad dan keazaman bersama-sama melawan dan membasmi rasuah serta segala amalan yang terkait dengannya.
.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This