BAHAN
1 tin sardin
2 cm kunyit
4 biji cekur
15 tangkai cili padi
1 biji kentang
2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 batang serai – titik
Minyak masak untuk menggoreng
Garam

CARA
1.Panaskan sedikit minyak, goreng sardin seketika. Angkat dan asingkan.
2.Masukkan cili, serai, cekur dan kunyit yang telah dikisar serta serai, tumis sehingga naik wangi.
3.Kemudian, masukkan air dan kentang sehingga sedikit lembut.
4.Masukkan ikan sardin, gula dan garam secukupnya. Masukkan secawan santan pekat.
5.Taburkan daun cekur dan sedia dinikmati.

Resipi: Marsita Kamarulzaman