Jamal Abdillah sampaikan sumbangan kepada Kampit Rezeki

Dari Penulis

KERIAN (Perak) – Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah menyampaikan bantuan kepada Pertubuhan Kebajikan Kampit Rezeki Negeri Perak untuk diedarkan kepada pihak-pihak yang memerlukan di daerah ini.

Bantuan bekalan makanan asas termasuk beras itu disampaikan penyanyi tersebut kepada penaung pertubuhan itu, Datuk Norhisham Nasron dalam satu majlis ringkas di sini.

Jamal berkata beliau amat bersyukur kerana dianugerahkan bakat menyanyi sehingga membolehkannya menyampaikan bantuan kepada pihak memerlukan.

“Saya ingin membuat sumbangan kepada pihak-pihak yang memerlukan. Dengan ini saya serahkan sedikit bantuan kepada Kampit Rezeki kepada Datuk Norhisham Nasron sebagai penaung untuk diedarkan kepada asnaf-asnaf di daerah Kerian, Perak,” katanya.

Norhisham kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada penyanyi tersebut atas sumbangannya dan berharap lebih ramai pihak tampil membantu mereka.

Kampit Rezeki adalah satu badan yang menjalankan kerja-kerja amal dan khidmat sosial dengan menerima dan menyampaikan sumbangan serta melakukan kerja-kerja sukarela yang berkaitan kebajikan masyarakat.- UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This