Cara masak sambal paru yang sedap. Ikut cara ‘step by step’ ini gerenti jadi

0
632

Cara masak sambal paru yang sedap. Ikut cara ‘step by step’ ini gerenti jadi

BAHAN
300 gm paru – potong nipis dan rebus
12 gm cili kering – kisar bersama 10 ml air
2 sudu besar bawang putih – kisar
2 sudu besar bawang merah – kisar
3 batang serai – tumbuk
2 cm halia – hiris nipis
2 sudu besar air asam jawa
10 gm ikan bilis – kisar bersama 1 labu bawang besar
5 gm gula merah
3 sudu kecil gula
2 keping asam gelugur
Garam dan serbuk lada putih

CARA

1.Perap paru dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
2.Tumis bawang putih dan bawang merah yang dikisar bersama, halia dan serai sehingga naik bau.
3.Selepas itu masukkan cili kering yang telah dikisar.
4.Masukkan ikan bilis yang telah dikisar, asam gelugur dan tumis sehingga pecah minyak.
5.Kemudian masukkan paru, air dan gaul sebati.
6.Masukkan air asam jawa, gula merah dan gula putih. Kacau rata, bubuh garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
7.Angkat dan sedia dihidang
Resepi: Cef bankuet & katering Hotel Royal Kuala Lumpur, Muhamad Rasek Ariffin