Malaysia bagaimanapun tidak berada dalam senarai itu.


RIYADH – Arab Saudi menggantung kemasukan rakyat dari 20 negara termasuk diplomat, petugas kesihatan dan keluarga mereka ke negara ini bermula hari ini.

Malaysia bagaimanapun tidak berada dalam senarai itu.

Menurut sumber rasmi Kementerian Dalam Negeri yang dipetik Saudi Press Agency, langkah itu dibuat dalam usaha Arab Saudi mencegah penularan pandemik Covid-19 di negara itu.

Penggantungan kemasukan itu berkuatkuasa pada pukul 9 malam waktu tempatan 3 Februari.

Bagaimanapun menurut laporan Saudi Gazette, tidak dipastikan tempoh penggantungan itu akan dikuatkuasakan.

Antara negara terlibat ialah Argentina, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jerman, Amerika Syarikat (AS), Indonesia, Ireland, Itali, Pakistan, Brazil, Portugal, United Kingdom dan Turki.

Turut berada dalam senarai itu, Afrika Selatan, Sweden, Switzerland, Perancis, Lebanon, Mesir, India dan Jepun.