Tular di laman sosial seorang bapa mengalirkan air mata sejurus selepas menghantar anaknya ke tadika buat pertama kali.

Menerusi perkongsian TikTok Deeyla Rusly, dia sempat merakam detik-detik sayu si suami menangis sebak walaupun sudah hari kedua menghantar si kecil ke sekolah.

“Day 2 masih sebak tapi dah boleh control nangis.

“Abah still sedih tapi masih boleh control dari semalam. Yang mana hairan kenapa abah nangis sebab nila…tengok dia punya tarik baju nak ‘kot’ (ikut).

“Sambil kitorang turun tangga dengar dia menjerit nangis panggil abah.

“Sebab tu dia rasa bersalah lepas tinggal…sebab Humaira menangis goyang-goyang pagar. Kitorg terpaksa turun cepat-cepat,” kongsinya.

@deeylarusly

Day 2 masih sebak tapi dah boleh control nangis..🥺 #foryoupage #fyp #playschool #taski #sad #saddad @aiimeruljuanim

♬ original sound – YAti MOhd

Terdahulu, lelaki ini tular selepas menangis hampir 30 minit di dalam kereta selepas menghantar si anak ke sekolah buat pertama kali.