Ratu Elizabeth juga tidak mahu ketinggalan mengemaskini perkembangan beliau melalui aplikasi Instagram.

LONDON – Media sosial memainkan peranan cukup besar semasa era digital kerana ia diperlukan untuk mewakili kewujudan  sekali gus mempromosikan diri waima menyampaikan maklumat.


Ratu Elizabeth juga tidak mahu ketinggalan mengemaskini perkembangan beliau melalui aplikasi Instagram.

Lapor Detik.com, dalam ruangan mencari pekerjaan, difahamkan Ratu Elizabeth sedang mencari pengurus Instagram untuk Istana Buckingham, London.

Ruangan jawatan kosong itu beberapa kali dimuatnaik The Royal Household.

Berdasarkan keterangan itu, Ratu Elizabeth sedang mencari ‘Senior Employee Communications Assistant’ untuk mengurus laman web dan media sosial kerajaan, termasuk akaun-akaun untuk Istana Buckingham.

Calon jawatan itu diminta memuatnaik foto dan video agar staf mengetahui perkembangan terbaharu di istana kerajaan.

“Setiap hari, anda akan mengurus media sosial Istana Buckingham  untuk memastikan tempat itu ‘harus dikunjungi’ setiap pekerja.Anda juga akan mengkoordinasi berita, sumber dan konten penulisan, menyokong editor tempatan dan menjelaskan secara teknikal,” tulis The Royal Household.

Selain itu kriteria jawatan tersebut menyatakan, calon berkelayakan bagi jawatan pentadbir media sosial Istana Buckingham mestilah berpendidikan tinggi, mahir menggunakan media sosial,kreatif, analitis, kemampuan menulis serta mengetahui seni.

Difahamkan, pentadbir laman Instagram Ratu Elizabeth dipercayai dikhususkan buat kakitangan Istana Buckingham.

Media sosial itu juga diharapkan dapat membantu 1,200 pekerja Istana agar kekal berhubung walaupun perlu keluar bekerja dari rumah kerana pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan jika pengurus Instagram Ratu Elizabeth akan tinggal di Istana namun sudah tentu mereka akan kerap berkunjung ke Istana.

Selain dapat merasai pengalaman bekerja di Istana, pengurus Instagram itu juga bakal menikmati gaji yang lumayan.

Dilaporkan jika gaji yang ditawarkan adalah sebanyak £27,000 (RM149,409)  setahun.

Menariknya,selain dapat bekerja untuk Ratu Elizabeth, pekerjaan itu juga menjanjikan individu yang terpilih agar dapat mengembangkan karier mereka.

“Selagi anda kekal dengan jawatan itu,anda berpeluang untuk mengembangkan karier sendiri. Kami tidak tinggal diam di sini dan anda akan disokong untuk membuat perbandingan di institusi yang dikenali di dunia ini,” tulis The Royal Household.