daging sos tiram

PKP 2.0 yang sepatutnya tamat pada 4 Februari kini disambung dua minggu lagi hingga 18 Februari 2021. Pasti ramai yang buntu dan kehabisan idea untuk masak apa kan? Apa kata cuba resipi daging sos tiram oleh Cef Azli Razali yang sedap dan mudah disediakan. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat resipi yang pasti menambat selera ini.

BAHAN
400 gm daging – hiris nipis
2 sudu besar minyak masak
½ biji bawang besar – cincang halus
3 cm halia muda – hiris atau mayang
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
200 gm cendawan butang dalam tin
300 gm daun bawang – potong 2 cm panjang

CARA
1.Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan halia sehingga harum .
2.Kemudian masukkan daging dan goreng sehingga daging masak.
3.Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit air jika perlu.
4.Masukkan cendawan dan kacau sebentar.
5.Padamkan api, masukkan daun bawang. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Resipi : Cef Azli Razali

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi