Menu ikan bilis dan tempe goreng cili ini memang sangat ringkas dan mudah. Boleh dijadikan lauk atau diratahnya macam itu sahaja. Gerenti licin. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan resipi oleh Cef Kamarul ini.

BAHAN
250 gm ikan bilis
3 keping tempe – hiris nipis
100 gm kacang tanah
3 keping tauhu
200 gm ubi kayu
1 cawan cili kisar
Minyak masak
Garam dan gula

CARA

1.Goreng kacang tanah sehingga garing dan asingkan.
2.Kemudian goreng tempe sehingga garing dan asingkan.
3.Goreng tauhu sehingga garing dan asingkan.
4.Selepas itu, gorengkan ubi kayu juga sehingga garing.
5.Kemudian, goreng pula ikan bilis dan asingkan juga.
6.Kurangkan sedikit minyak lebihan gorengan tadi, tumiskan cili kisar. Tumis sehingga cili masak sempurna
7.Kemudian masukkan garam dan gula, kacau rata.
8.Akhir sekali masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga sebati semuanya. Biarkan sejuk sebentar sebelum disimpan di dalam bekas yang kedap udara.
Resipi: Cef Kamarul

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi