Lebih ramai boleh solat jemaah di Wilayah Persekutuan mulai esok

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat dan solat fardu kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid, dewan solat utama, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter berkuat kuasa esok.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataannya hari ini, berkata aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan diadakan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Semua ketetapan ini berkuat kuasa bermula dengan solat Jumaat pada 5 Feb tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Baca artikel berkaitan: Jemaah masjid: Melaka benarkan hingga maksimum 500 orang

PKP: Solat Jumaat di luar pagar masjid

Memetik laporan Bernama, Mohd Ajib berkata, perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat dan solat berjemaah berkenaan adalah bagi kesemua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Perluasan itu adalah berdasarkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Mohd Ajib turut mengajak umat Islam untuk berdoa dan bermunajat agar penularan wabak COVID-19 dalam negara segera berakhir.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This