Ramses II (juga disebut Ramses yang Agung) adalah firaun Mesir ketiga berasal dari dinasti 19. Ia sering dianggap sebagai firaun terhebat dan terkuat di zaman Mesir kuno.

Persoalan mengenai siapakah firaun yang mengejar Nabi Muda a.s bersama pengikutnya dan ditenggelamkan dalam peristiwa Laut Merah sering menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, berdasarkan kiraan tarikh, ramai pengkaji  percaya bahawa Ramses II atau dikenali juga sebagai Ozymandias adalah firaun yang disebut dalam kisah laut terbelah itu.

Mumia Ramses II ditemui pada tahun 1881. Semasa ditemui, mumia firaun ini dalam keadaan baik. Tetapi setelah beberapa lama dipindahkan ke muzium di Kaherah, mumia tersebut mula diserang bakteria kerana fakor suhu sekeliling.

Pada pertengahan tahun 1975, presiden Perancis ketika itu, Francisco Mitterand telah menawarkan bantuan kepada kerajaan Mesir untuk mengkaji dan memulihara mumia Firaun Ramses II. Kajian tersebut dilakukan untuk membongkar rahsia yang sering dikaitkan dengan Ramses Agung itu.

Mumia Ramses II.

Kerajaan Mesir menyambut baik pelawaan pihak Perancis itu. Mumia tersebut kemudiannya diterbangkan ke Paris dan diletakkan di Pusat Arkeologi Perancis untuk dijadikan subjek kajian.

Pakar bedah dan autopsi Perancis, Profesor Dr. Maurice Bucaille telah ditugaskan untuk mengetuai penyelidikan bersejarah itu. Pengalamannya yang luas dalam bidang perubatan menyebabkan beliau dipilih untuk merungkai misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Dr.Maurice Bucaile, pengkaji mumia Ramses II.

Hasil autopsi yang dijalankan oleh Dr. Bucaille menemui sisa-sisa kandungan garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut. Ia menjawab persoalan yang selama ini tergantung dan menjadi bukti bahawa Firaun itu mati kerana lemas di dalam laut.

Namun, satu lagi persoalan timbul di benak fikiran Dr. Bucaille apabila beliau mendapati mumia tersebut berada dalam keadaan sangat baik dan sempurna fizikalnya. Dari pandangan luaran, tiada tanda-tanda yang menunjukkan mumia itu mengalami kecederaan. Keadaannya sangat berbeza jika dibandingkan dengan mayat lain yang mati lemas di dalam laut.

Lalu, beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai satu penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan yang diterbitkan itu bertajuk Les Momies Des Pharaons Et La Midecine (Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden).

Bagaimanapun, dalam Islam, jasad Firaun yang terpelihara itu telah pun terlebih dahulu diterangkan dalam Al-Quran. Ketika kronologi Laut Merah berlaku, hanya mayat Firaun sahaja yang diselamatkan oleh Allah, sedangkan kesemua bala tenteranya telah ditelan oleh gelombang laut.  Perkara ini telah pun dijelaskan secara terperinci melalui surah Yunus, ayat 90 hingga 92, yang bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat manusia kemudian hari.

Firman Allah yang bermaksud, “…Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badan mu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar)….”. (Yunus ; 90-92)