KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 50,894 kes aktif hari ini yang merupakan jumlah rekod tertinggi kes aktif dicatatkan di Malaysia setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 12 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 857 kes.

KKM dalam laporannya juga melaporkan terdapat 3,847 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 238,721 kes dengan 3,843 daripadanya adalah kes tempatan dan empat kes import.

Lembah Klang terus melaporkan jumlah kes baru tertinggi dengan Selangor melaporkan empat angka (1,481), sementara Kuala Lumpur mencatat 402 kes baru.

Johor mempunyai 585 kes baru, sementara Melaka mengalami lonjakan, dengan 329 kes baru.

Info terkini COVID-19 setakat 6 Februari 2021
Jumlah kes sembuh baru: 1,692 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 186,970 kes (78.3 %)
Jumlah kes baharu COVID-19: 3,847 kes
Jumlah kumulatif: 238,721 kes
Jumlah kes aktif: 50,894 kes
Kes tempatan: 3,843 kes (2,569 WN i.e. 66.8%, 1,274 BWN i.e. 33.2%)
Kes import: 4 kes (4 WN)
Jumlah kematian baru: 12 kes (15 WN, 2 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 857 kes (0.36 %)
Jumlah kes di ICU: 305 kes
Pesakit COVID-19 Intubated: 139 kes

Maklumat terkini berkaitan kluster
• Jumlah kluster : 888 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 447 kluster (termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Rapat, Kluster Jalan SEDCO, Kluster Rambai, Kluster Jalan Nikolas, dan Kluster Ria-30;
• Jumlah kluster aktif : 441 kluster;
• Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 93 kluster; dan
• Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam (257 kes), Kluster Industri Kampung Baru (167 kes), dan Kluster Mayang Pasir (102 kes). – UTUSANTV