Nasi ulam adalah hidangan nasi yang digaul bersama ulam-ulaman, sayur-sayuran, kerisik dan pelbagai bahan-bahan lain. Hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan. Jom cuba resipi nasi ulam yang dikongsi oleh Datuk Cef Ismail ini.
BAHAN
1kg nasi – disejukkan
150gm isi ikan – digoreng dan ditumbuk halus
2 sudu besar budu
50ml jus limau nipis
100gm kerisik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
6 tangkai cili merah
1 sudu kecil lada hitam
125gm udang kering
8 ulas bawang merah
50gm belacan
100ml air
ULAM-ULAMAN
50gm daun pegaga
50gm daun selom
50gm ulam raja
50gm daun kesum
1 kuntum bungan kantan
200gm kubis oputih – dihiris halus
200gm kacang panjang – dihiris halus
CARA:
1.Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk dan gaul rata.
2.Masukkan budu, kerisik, jus limau dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Masukkan nasi dan bahan ulaman dan gaul rata. Siap untuk dihidang.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi
TONTON VIDEO PILIHAN: