Enam tahun berturut-turut, Siti Nurhaliza tersenarai 500 muslim berpengaruh dunia

PENYANYI tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza terus melakar sejarah apabila tersenarai sebagai salah seorang 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia.

Dengan momen yang tercatat, ia menjadikan kali keenam pelantun lagu Siapa Tak Mahu ini berada dalam kategori Seni dan Budaya sejak tercalon pada 2016.

Malah, pada tahun ini juga menyaksikan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun turut tersenarai dalam kategori sama.

Manakala,usahawan Datin Vivy Yusof merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai bagi kategori selebriti dan sukan.

Menerusi hantaran di laman Instagram Siti, dia menzahirkan rasa kesyukuran atas pengiktirafan yang diberikan kepadanya.

“Alhamdulillah… semua ini atas izin-Nya,” tulisnya.

Untuk info, senarai ini telah dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Centre, sebuah institusi kajian bebas yang terletak di Jordan.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi