lala mentega berkrim

Biasanya masakan mentega berkrim ini popular menggunakan ayam, apa kata kali ini tukar kepada lala pula. Boleh dijadikan lauk atau diratahnya macam itu sahaja. Jom lihat cara menyediakan resipi lala mentega berkrim ini dan bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan

BAHAN:
200gram lala – dicuci bersih dan ditoskan
2 sudu besar mentega
½ labu bawang Holland – dipotong dadu
3 tangkai cili padi – dihiris halus
4 ulas bawang putih – ditumbuk
4 helai daun kari
125ml susu sejat
Garam dan lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun atau minyak masak

CARA:

1.Masukkan sedikit minyak zaitun dan mentega di dalam kuali dengan api sederhana.
2.Apabila mentega cair, tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bawang Holland, daun kari dan cili padi.
3.Selepas itu, masukkan susu sejat, garam dan lada hitam secukup rasa dan biarkan mereneh.
4.Akhir sekali masukkan lala dan gaul sehingga masak. Angkat dan hidangkan.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi