“Kecil dulu abah selalu tengking, hempas barang…” – Dr Anayasmin tegas anak bukan ‘punching bag’

0
90

Menjadi ibu bapa bukan tugas mudah, ia memerlukan pengorbanan dan satu proses yang cukup panjang. Jelas Dr Anayasmin menerusi posting di laman Facebook, ibu bapa seharusnya mendidik dan menjelaskan kepada anak-anak andai mereka melakukan kesalahan, bukannya melepaskan amarah tanpa usul periksa.

Jelasnya, keadaan sebegini hanya akan mengganggu emosi dan menjejaskan mental anak-anak. Mereka bukannya ‘punching bag’ dan lebih parah ada segelintir ibu bapa menjadikan anak-anak mangsa akibat kesilapan orang lain.

“Saya tak tahu kenapa, saya anxious.. Kecil-kecil dulu abah selalu tengking-tengking,Hempas barang, hempas pintu.

“Kami adik beradik semua cuba buat terbaik, tapi kami tak tahu kat mana lagi kurang sampai abah hempas barang..

“Bayangkan, setiap hari saya dibesarkan begitu..

“Sampai sekarang dah berkeluarga sendiri saya sering rasa berdebar-debar, nak buat keputusan takut, nak kedepan rasa tiada keyakinan diri.

“Sedih sangat bila saya baca luahan ni..

“Sebenarnya banyak ibu ayah begini,

“Rasa tak puas hati dengan kerja anak lakukan kita hempas-hempas pintu, buku, bakul..

“Bila badan penat, anak masih bertenaga di rampas dan di baling permainan tu ke dinding, pecah..

“Paling takut, bila marah orang lain yang jadi punching bag adalah anak..

“Saya nak ajak semua,

“Bayangkan kita dalam diri anak 5tahun,

“Bila mak atau abahnya hempas-hempas barang..

: Baling permainan dia..Dia yang tak tahu hujung pangkal,Rasa-rasanya apa perasaan dia..??

“Apa dalam hatinya??? Kalau saya budak tu,

“Jantung saya berdebar laju macam nak terkeluar dari dada, Saya jadi takut, Saya keliru sebab tak tahu apa yang tak kena.

“Dengar berdentum-dentum tapi tiada orang yang ajar atau terangkan apa yang tak kena..

“Bayangkan pula..Dia membesar dengan keadaan tu..Selama berbelas tahun..Kau rasa?

“Allah kesian sangatt.. Hati manusia termasuklah anak kita.. Macam kayu yang dipaku.

“Lagi kuat diketuk paku dalam kayu, Lagi dalam lubangnya. Paku mungkin boleh dicabut, Tapi lubang tu tetap disitu, Walau kau tutup dengan kapur, Ia tak akan sama..

“Sebelum berlubang, Jauhi dari jadi paku yang sibuk menebuk kayu..

“Kalau kayu dah banyak lubang, Lama-lama akan lagi rapuh dan patah..

“Jom kita ubah,

Kalau ada salah anak,

Dari hempas-hempas barang tu

Baik panggil anak baik-baik tunjukkan apa yang dia perlu baiki..

Kita kena bimbing,Kalau bukan kita mak ayahnya, Siapa lagi? Dahla PKP ni mereka tiada orang lain yang bole bimbing dan jadi model..

#drana Makan hati baca luahan hati mereka.”

Sumber : Anayasmin Azmi