Menu ayam sambal ala tiga budak gemuk dipadankan dengan sambal gesek, memang menjadi kegemaran ramai. Kalau makan memang tak cukup sepinggan.
Resipi yang dikongsikan Naeamah Balqis ini dikatakan lebih padu daripada yang original. Tak percaya? Cubalah sendiri.
Bahan :
Ayam
Kunyit
Garam
Bawang merah
Bawang putih
4-5 biji Cili padi (nak pedas boleh lebihkan)
2 tangkai Daun kari
1/2 inci Halia
3 sudu besar Sos tiram
Kicap manis
Cara :
Ayam dipotong kecil dan gaulkan dengan kunyit dan garamBahan untuk tumbuk.Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili, halia dan daun kari. Jangan terlalu lumat.Goreng ayam sehingga masak – Petua goreng ayam lembut sila goreng dengan api yang kuat, angkat dan ketepikan.Keluarkan lebihan minyak goreng ayam tadi. Tinggalkan sedikit untuk tumis bahan-bahan yang ditumbuk.Tumis bahan tumbuk.Gaul sebati.Tumis sehingga garing dan kekuningan.Masukkan sos tiram.Masukkan kicap manis. Sukatan agak-agak sahaja.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati selama lima minit.Sedia dihidangkan.Resipi sambal gesek : 10 biji Cili padi merah 10 biji Cili padi hijau 1 biji Bawang holand 3 ulas Bawang putih 2 inci Belacan Garam Gula Tumbuk kasar bahan-bahan tadi dan goreng dalam minyak yang agak banyak. Masak dalam lima minit dan perasakan dengan gula dan garam.Perah dengan limau nipis.