Pastinya apabila bekerja daripada rumah waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mencabar kerana perut asyik berkeroncong minta diisi.

Jadi kali ini kami akan kongsikan resipi yang cukup ringkas dan mudah disediakan. Tak perlu lagi menguli tepung, hanya gunakan roti sahaja untuk membuat karipap. Tapi rasanya memang umphhh.

Terima kasih Fatini Afendi atas perkongsian resipi.

Bahan :

Roti Gardenia

Sardin dalam tin

Cara :

  1. Asingkan ikan dengan kuah dan lenyekkan sehingga hancur.

2. Kemudian masukkan cili dan bawang (pilihan). Jika suka pedas, lebihkan cili.

3. Panaskan sedikit minyak dan masak bahan tadi selama 5 ke 10 minit sambil lenyekkan di dalam kuali.

4. Ambik sekeping roti dan penyekkan sedikit dengan tapak tangan dan letakkan inti sardin tadi.

5. Kemudian lipat dua dan tekapkan dengan cawan sehingga roti menjadi bentuk seperti karipap.

6. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.