Onde-onde adalah antara kuih yang popular dan digemari ramai. Berbeza sedikit, kali ini Saji kongsi resipi onde-onde keladi. Cara membuat kuih ini sama cuma tambahkan keladi. Jom cuba juadah yang sesuai dibuat untuk sarapan dan minum petang ini.

BAHAN
200 gm keladi rebus -lecek lumat
200 gm tepung pulut
1/2 sudu kecil garam halus
150 ml – 200ml air
Sedikit warna ungu
200 gm gula Melaka-potong kiub
Kelapa parut – gaul sedikit garam dan dikukus dengan daun pandan

CARA

1.Satukan tepung dan keladi gaul rata dan uli dengan air.
2.Tambahkan pewarna ungu dan uli hingga menjadi doh yg tak melekit.
3.Bulatkan dan isi ketulan gula melaka. Masak dalam air mendidih hingga timbul. Tuskan air dan salut dengan kelapa kukus.

Resipi dan foto: Intan Razli

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi