Lelaki dalam lingkungan 70-an itu rebah selepas 25 minit menerima suntikan vaksin.


NEW YORK – Seorang lelaki warga emas rebah dan meninggal dunia di New York City, kelmarin sejurus menerima vaksin Covid-19, dedah pihak berkuasa, semalam.

Mail Online melaporkan, Pesuruhjaya Kesihatan New York, Dr Howard Zucker dalam satu kenyataan berkata, lelaki dalam lingkungan 70-an itu rebah selepas dia meninggalkan Jacob Javits Convention Center di Manhattan selepas 25 minit menerima suntikan vaksin.

Pengawal keselamatan dan petugas kecemasan bergegas mendapat lelaki itu sejurus melihat kejadian namun dia yang namanya tidak didedahkan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan tidak lama kemudian.

Buat masa ini, masih tidak jelas jika kematian itu ada kaitan dengan vaksin dan siasatan masih dijalankan.

Reaksi berbahaya terhadap vaksin dianggap jarang berlaku dengan beberapa kes kebanyakannya dikaitkan dengan reaksi alahan dikenali sebagai anaphylaxis.

“Petunjuk awal adalah lelaki itu tidak mempunyai alahan terhadap vaksin,” kata Zucker dalam kenyataan itu.

Zucker berkata, lelaki itu yang rebah secara mengejut susulan tempoh pemantauan wajib 15 minit yang mana diantudaj menunjukkan reaksi berlawanan atau sebarang tekanan.

FDNY berkata, pesakit itu dibawa ke hospital sebelum pukul 11 pagi kelmarin dan dia meninggalkan dunia sejurus tiba ke premis.

Identiti lelaki itu masih tidak didedahkan pihak berkuasa selain jenis vaksin Covid-19 yang diterimanya.

Zucker dalam kenyataan sama menegaskan vaksin Covid-19 adalah selamat selain disertai dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), ia akan menamatkan pandemik itu.

“Saya menggalakkan semua penduduk New York mengambil vaksin Covid-19,”tambahnya.

Javits Center dibuka sebagai satu daripada lokasi pemberian vaksin secara besar-besaran di New York.