KUALA LUMPUR – Lima penerima Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur yang membawa gelaran Datuk ditarik balik.

Dua daripadanya merupakan pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman.

Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, tarikh surat penarikan balik darjah kebesaran Farid Kamil dan Boy Iman iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Menurutnya, penarikan gelaran itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.

“Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini.

“Darjah itu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang–Bintang Negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiga individu yang turut ditarik balik gelaran Datuk ialah Wong Shee [email protected] dan Tran Thi [email protected], masing-masing berkuat kuasa pada 1 Febuari lalu.

Seorang lagi ialah Syed Mohammad Faiz Syed Azemman berkuat kuasa pada 12 November tahun lalu.