Strawberi antara buah yang mempunyai anti oksida yang tinggi. Ia dapat melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan dan mengandungi vitamin C. Jom cuba resepi unik sambal hitam strawberi oleh Cikgu Zuraidah dari Yz Agro Farm, Cameron Highlands ini.

BAHAN
1 kg puri strawberi
300 gm ikan bilis
10 bawang merah
6 ulas bawang putih
100 gm cili padi
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

CARA
1.Kisar puri strawberi, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, cili padi, garam dan gula.
2.Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga kering. Sebatikan rasa.

Resipi : Cikgu Zuraidah – Yz Agro Farm, Cameron Highlands.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi