KUALA LUMPUR – Di sebalik usaha menjadi antara negara terhebat di dunia dari segi pencapaian dalam bidang ekonomi atau sukan, rupa-rupanya Malaysia juga tidak kurang hebatnya dari segi ranking dalam dunia sosial.

Walaupun angka ini masih boleh dipertikaikan, sebuah syarikat pencari jodoh dalam talian SeekingArrangement yang mendakwa mempunyai 10 juta ahli menyatakan Malaysia kini berada di tempat ketiga dari segi mempunyai ‘Sugar daddy’ paling ramai di rantau Asia.

Seperti yang kita tahu, ‘Sugar daddy’ merupakan gelaran yang kebiasaan diberikan kepada lelaki tua yang kaya dan memiliki kekasih atau teman wanita yang muda dikenali juga sebagai ‘Sugar baby.’

Menurut laman web itu, Malaysia mempunyai kira-kira 42,5000 ‘Sugar daddy’ yang sudah tentu melambangkan seorang lelaki yang berjaya dalam kehidupan dan hidup serba mewah.

Ranking di tempat kedua adalah Indonesia yang mempunyai 60,250 ‘Sugar daddy’ dan India menduduki tempat pertama dengan 338,000 orang lelaki kategori tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SeekingArrangement, Brandon Wade, jurang yang besar antara orang kaya dan orang miskin di sesebuah negara boleh menjadi penyebab kepada lebih ramai wanita mencari lelaki tua, terutamanya yang memerlukan sokongan kewangan.

“Platform seperti SeekingArrangement membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki yang lebih kaya yang bukan sahaja meningkatkan kedudukan kewangan mereka tetapi bertindak sebagai mentor kepada kehidupan ‘Sugar babby’ tersebut,” katanya.

Berikut ialah senarai bilangan ‘Sugar daddy’ yang dikeluarkan laman web tersebut;

  1. India — 338,000
  2. Indonesia — 60,250
  3. Malaysia — 42,500
  4. Jepun — 32,500
  5. Hong Kong — 28,600
  6. Taiwan — 27,300
  7. Vietnam — 12,000
  8. Korea Selatan — 7,000
  9. Sri Lanka — 5,000
  10. Cambodia — 3,500 – UtusanTV