Syafiq Farhain positif Covid-19

0
63

PENYANYI Syafiq Farhain memaklumkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) semalam.

Menurut Syafiq atau Nursyafiq Farhain AM Salim, dia berasa tidak sedap badan dan kurang sihat lalu membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

“Semalam pergi ujian calitan (swab test) sebab rasa tak sedap badan dan keputusannya ialah positif.

“Kalau ada sesiapa rasa ada kontak rapat dengan saya, lebih baik pergi buat ujian.

“Maaf kan saya kerana menyusahkan,” katanya menerusi perkongsian di Instagram storynya.

Keputusan ujian calitan Syafiq Farhain

Menerusi muat naik di Instagram Story itu juga, penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku itu turut berkongsi paparan skrin keputusan ujian calitan yang menunjukkan dirinya positif wabak berkenaan.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi