daun pandan

Daun pandan sering digunakan dalam masakan sebagai penambah aroma, pewarna semulajadi dan macam-macam lagi. Selain digunakan dalam masakan, daun pandan mempunyai kegunaan lain. Jom ikuti enam perkara menarik tentang daun pandan yang mungkin anda tidak tahu.

1.KUIH BERBAU WANGI
Jika mahukan kuih-muih berbau wangi, masukkan sedikit pati pandan di dalam adunan tepung. Santan juga jika dimasak dengan daun pandan akan berbau wangi.

2.MENGHALAU SERANGGA
Letakkan beberapa helai daun pandan di sekitar kabinet ruang dapur ataupun bonet kereta untuk menghalau lipas dan tikus.

3.WANGIAN RUMAH
Ambil beberapa helai 20 helai daun pandan, lalu dihiris halus. Letak di sudut ruang tamu, akan berbau wangi. Ia boleh membantu mengatasi stress.

4.RAWATAN KESIHATAN
Amalan minum air rebusan pandan, mampu menurunkan tekanan darah, membaik pulih lemah syahwat, membaiki saraf, menaikkan selera makan dan masalah sendi. Caranya mudah, hanya rebus 3 helai daun pandan dengan dua cawan air. Didihkan sehingga tinggal satu cawan.

5.MEMATIKAN KUMAN DALAM DARAH
Jika dipratikkan amalan minum air rebus pandan, bukan sahaja ia menyegarkan tubuh badan yang lesu malah ia mampu mematikan kuman dalam darah.

6.MENGHILANGKAN KELEMUMUR
Giling daun pandan hingga halus, kemudian lumurkan pada rambut. Biarkan selama 15 minit. Lakukan tiga kali seminggu.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi