Cara mudah buat kek oren yang lembut, gebu dan sedap

0
1098
kek oren

Bagi anda yang tercari-cari resipi kek yang lazat, resipi kek oren ini wajib anda cuba. Tidak menggunakan banyak bahan, ia amat mudah dan ringkas untuk disediakan. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan kek oren yang lembut dan gebu ini.

BAHAN
2 cawan tepung gandum – ayak
1 sudu besar serbuk penaik – ayak
1 sudu kecil soda bikarbonat – ayak
1 sudu besar parutan kulit oren
1 biji oren – potong kecil
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen oren
Sedikit pewarna oren

CARA

1.Kisar oren, kulit oren, telur, minyak jagung dan gula dalam pengisar sehingga halus.
2.Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit.
3.Diikuti dengan sedikit pewarna oren dan esen oren. Gaul dengan senduk sehingga adunan sebati.
4.Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 30 minit.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi