covid-19

SEBANYAK 3,499 jangkitan baru COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari ini dengan lima kematian direkod, iaitu angka korban harian terendah sejak 18 Jan lalu.

Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hiham Abdullah berkata jumlah kematian terkumpul setakat ini adalah seramai 958 korban.

Menurutnya, kes kematian pada hari ini melibatkan dua kes di Selangor serta masing-masing satu kes di Sabah, Johor, dan Terengganu. 

“Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, 51,558 kes aktif direkodkan hari ini, turun 21 kes berbanding semalam.

Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 1,345 kes (38.5 peratus) diikuti oleh Johor sebanyak 802 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 511 kes (14.6 peratus).

“Sebanyak 70 kes (2.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (46 kes), Tembok Sungai Udang (18 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes),” katanya lagi.

Jelasnya, seramai 263 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Status ringkas:

  • Kes sembuh : 3,515 kes (209,289 kes kumulatif, 79.9%)
    • Kes baharu : 3,499 kes (261,805 kes kumulatif)
    • Kes import : 1 kes (1 warganegara)
    • Kes tempatan : 3,498 kes [1,871 warganegara (53.5%); 1,627 bukan warganegara (46.5%)
    • Kes aktif : 51,558 kes
    • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 263 kes
    • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 118 kes
    • Kes kematian : 5 kes (958 kes kumulatif, 0.37%)