kluster baru
Kes indeks adalah penguat kuasa yang dikesan positif hasil saringan bergejala di sebuah pusat perubatan di Kota Belud pada 11 Februari lalu. - Gambar hiasan

KLUSTER sebuah pusat perubatan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur adalah satu daripada 10 kluster baharu yang dikesan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi kluster dinamakan Kluster Jalan Tun Razak itu itu ialah seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.

Beliau berkata, kluster kumpulan berisiko tinggi itu setakat ini membabitkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, Cheras, dan Kepong di Kuala Lumpur serta daerah Petaling di Selangor.

BERITA BERKAITAN COVID-19: 3,499 jangkitan baru, angka kematian menurun kepada 5 kes

“Kluster ini membabitkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Jalan Tun Razak.

“Sehingga hari ini, seramai 26 daripada sejumlah 884 individu yang disaring dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

INFO Kluster

JUMLAH KLUSTER : 972 kluster;
• Jumlah kluster baharu :10 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 489 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Bakar, Kluster Jalan Timah, Kluster Seragam Chepa, Kluster Restoran Putra, Kluster Tapak Bina Jalan Desa, Kluster Pekeliling, Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Laut, Kluster Tapak Bina Matahari, Kluster Pagar Bentong, dan Kluster Jalan Sembrong);
• Jumlah kluster aktif : 483 kluster;
• Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 85 kluster; dan
• Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Putus (271 kes), Kluster Persiaran Synergi Utama (219 kes), dan Kluster Tapak Bina Lorong Peel (187 kes).