Sebagaimana yang kita bincangkan dalam siri 2 sebelum ini, saka adalah dari golongan jin yang ditugaskan untuk menyesatkan akidah manusia. Menurut Dr. Jamaluddin lagi, saka ada tiga jenis iaitu yang diwarisi dari keturunan, saka yang dipelajari dan saka dari sihir yang tidak dibuang.

Saka boleh datang dengan mempelajari silat kebatinan, ilmu perdukunan, perbidanan, mengurut dan mengandam. Kebanyakan silat memang ada saka mengikut ritual yang dijalankan.

Saka juga boleh datang apabila seseorang terkena sihir. Hal itu terjadi apabila sihir itu tidak dibuang, lama-kelamaan ia akan menjadi saka. Misalnya kena santau berubat tetapi tidak dihabiskan. Jin santau itu yang sudah beranak pinak di dalam badan akan masuk ke dalam aliran darah akan dipindahkan pula kepada anak. Dan generasi yang seterusnya.

Mempelajari silat kebatinan juga mengundang jin saka. kredit Mohd Nazrin Wahab

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bahawa jin itu masuk ke dalam badan manusia melalui aliran darah. Jadinya apabila jin sudah berada di dalam badan maka ia akan mengikut peredaran darah kita ke seluruh badan. Aliran darah itu umpama lebuh raya bagi jin.

Organ tubuh sarang saka

Seperti mana lebuh raya yang ada R&R, maka aliran darah itu pun ada benda yang sama. Bagi aliran darah,  R&R adalah organ penting, kelenjar dan nadi yang terdapat pada seluruh badan. Pada titik itulah syaitan atau jin akan duduk kerana pada tempat itu ada getaran. 

Yang pastinya apabila jin bersarang di organ penting, ia akan menimbulkan kepincangan fungsi organ. Jin akan menguasai tubuh badan manusia menerusi organ yang menjadi sarang. Misalnya jika ia duduk di bahagian pankreas maka akan terjadi kencing manis.

Begitu juga halnya jika duduk pada kelanjar maka ia akan mengganggu hormon. Manakala di jantung akan menyebabkan sakit jantung dan singgah di payu dara akan menjadi kanser. Begitulah hal seterusnya. Amat licik permainan jin itu.

Jin saka akan bersarang di organ-organ tubuh dan kemudian merosakkan organ tersebut.

Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Dr. Jamaluddin pada awal tadi, jin itu masuk ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah. Maka apabila anak-anak Adam itu berkahwin dan mempunyai zuriat maka jin itu secara tidak langsung akan diturunkan kepada generasi seterusnya.

Ia seumpama genetik yang boleh diturunkan daripada nenek moyang hinggalah kepada anak cucu dan cicit.

Jin itu akan diturunkan kepada  keturunan kita secara spontan tanpa ada persetujuan waris atau syarat. Selama ini ramai yang menyangka, saka itu tidak akan melekat kepada waris jika dia menolak untuk menjadi tuannya.

“Sebenarnya anak pinak jin itu sudah pun mendiami tubuh keturunan manusia yang mempunyai saka sejak awal lagi. meminta tuan itu hanya sebagai tipu helah sahaja”

Ia diturunkan kepada anak cucu dan cicit tanpa disuruh atau dipaksa. Saka itu ada pada semua keturunan nenek moyang yang pernah berjanji setia dengan jin. Hanya yang mengelirukan apabila jin itu bermain-main dengan meminta tuan pada anak sulung. Saka itu akan diwarisi segenap keturunan pemiliknya sampai kiamat jika tidak dibuang,” terangnya.

Bagi yang merasakan saka itu karut dan ingin terus menyimpannya kerana tidak mendatangkan mudarat, hal itu pula dijawab oleh Dr. Jamaluddin dengan ringkas.

 “Teruskan!” tapi ingat, iblis tidak akan pernah putus asa untuk menyesatkan manusia. Itu janji yang termaktub di dalam al-Quran. Mungkin hari ini tidak nampak kesannya walaupun sedar di badan mempunyai saka.

Kita masih lagi boleh beribadat, tidak pernah tinggal solat, alim, tok guru, tok imam tapi kita tidak menyedari bahawa iblis mencucuk jarumnya perlahan-lahan. 

Mungkin bukan hari ini ataupun tahun depan. Bagaimana kalau ia terjadi di saat kematian datang menjemput?

Jelasnya, pada pengakhiran hidup ini apabila tua, jatuh sakit dan membawa kepada strok kemudian sakit tua hingga nyanyuk. Apabila nyanyuk, koma dan strok ketika tua nanti bila masanya kita hendak beribadat dan mengucap? Persoalan itu yang dilontarkan oleh Dr. Jamaluddin.

Akhir kalam, bukankah  kita akan sesat kerana tidak mampu lagi mengucap. Yang menjadi kuncinya adalah pada akhir hidup kita, sesat itulah tujuan iblis. Walaupun ulama besar, imam, tok guru tetapi pada akhir kehidupan terlantar koma.

Jadi, bila masanya kita hendak mengucap ketika hendak menghadap Allah. Memang benar ada yang mengatakan bahawa orang strok pun boleh mendengar apabila diajar mengucap. Masalahnya, bolehkah kita pastikan bahawa dia juga turut mengucap seperti yang diajarkan. Itulah sebenarnya permainan syaitan untuk menyesatkan manusia pada saat kematian.

Kanser punca saka

“Seperkara lagi yang amat membimbangkan dewasa ini, menularnya penyakit kanser. Saya percaya bahawa kanser adalah satu penyakit moden yang ada hubung kaitnya dengan saka. Ia memang berasas, jika kita kaji semula kebolehan jin yang boleh menjelajah ke langit untuk mencuri dengar berita dari langit. Hanya setelah Rasulullah diutus barulah aktiviti itu terhalang

Sel kanser juga boleh jadi disebabkan oleh jin saka yang bersarang dalam tubuh.

“Dengan pengetahuan itulah mereka menjadikannya senjata untuk menyesatkan manusia. Tidak mustahillah jika jin sudah mengetahui hal yang akan berlaku pada masa akan datang. Iblis tahu pada akhir zaman nanti ada satu teknologi moden dalam bidang perubatan iaitu  kimoterapi. Dari pengetahuan itulah jin saka itu mencipta satu penyakit yang boleh dirawat dengan kimo.

“Memanglah kimo itu untuk membunuh sel kanser tapi bukan sekadar itu, ia juga membunuh sel yang sihat. Apabila semua sel sihat pun mati, apa lagi yang tinggal? Tidak ada apa-apa. Akhirnya kimo membawa pada keadaan yang menyedihkan iaitu koma dan meninggal. Soalnya sempatkah kita mengucap saat nyawa dicabut?

Jika tidak, faham-faham sajalah. Itulah sebabnya saka itu harus dibuang agar di akhir hayat nanti ia tidak akan menyesatkan kita, Wallahu a’lam

Bersambung…