Dr Brown terkejut hanya dia seorang berada dalam kelas maya Zoom ketika pelajar lain memastikan kamera mereka.


LONDON – Menyediakan diri terhadap pembelajaran secara dalam talian atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika tempoh perintah berkurung bukan sahaja menyukarkan pelajar malah menjadi tugas mencabar guru.

Mirror.co.uk melaporkan, walaupun tahu sukar untuk menarik tumpuan seluruh kelas melalui skrin, banyak guru tetap meneruskan kaedah itu termasuk seorang pengajar yang mahu memastikan setiap pelajarnya tersenyum.

Dan pelajar sebuah kelas yang tidak mahu mensia-siakan usaha guru mereka memutuskan untuk membuat kejutan dengan menulis perkataan terima kasih yang dirancang semasa kelas melalui aplikasi Zoom.

Kesemua pelajar akhirnya menghidupkan kamera masing-masing dan menunjukkan pelekat besar dengan mesej terima kasih.

Detik-detik mengharukan itu dimuatnaik ke aplikasi TikTok oleh  @Laurenherrle13 dengan kapsyen:” Mengejutkan guru paling baik pada hari terakhir kelas” dan klip itu ditonton hampir 7.7 juta tontonan di media sosial.

Video itu menunjukkan seorang guru yang berada dalam kelas maya Zoom dilihat berseorangan dan dia cuba untuk mengajar 19 orang pelajarnya.

Dia kemudiannya bertanya:” Adakah ini perkara baharu yang patut dibuat dengan tidak menghidupkan kamera Zoom anda?

“Saya pernah mendengarnya. Saya dengar di beberapa kelas lain, tiada yang menghidupkan kamera termasuk pengajar.

“Okay, mari kita mulakan. Serius ini bukan salah saya kalian tidak menghidupkan kamera?” katanya.

Bagaimanapun, belum sempat guru itu mengajar pada 19 skrin yang kosong, seorang pelajarnya mula menjelaskan perkara sebenar.

“Dr Brown, kami sebenarnya mahu melakukan sesuatu.”

Dr Brown kemudiannya bertanya: “Dengan kamera anda dimatikan?” dan pelajar itu meminta semua pelajar menghidupkan kamera masing-masing dan pada masa sama menunjukkan mereka sedang memegang kertas pelekat besar dengan mesej terima kasih.

Guru yang terkejut itu kemudiannya berkata:”Anda semua, kamu membuatkan saya hampir menangis,”.

Dr Brown kemudiannya dirakam menanggalkan cermin matanya dan meletakkan kepala pada tangannya sebelum berkata:” terima kasih”.

Klip itu kemudiannya mendapat tanda suka sebanyak 1.9 juta kali dengan netizen dalam ruangan komen menyatakan klip itu membuatkan mereka menangis.

Seorang individu menulis:” Jangan terlalu dramatik namun saya sanggup mati untuk Dr Brown.

Seorang lagi netizen menambah: “Lindungi Dr Brown walau apa cara pun”.