KHABAR angin mengenai Rose dari kumpulan Blackpink yang akan keluar dengan single solo, akhirnya terjawab!

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi pengurusannya, YG Entertainment, Rose bakal melancarkan single baharunya pada bulan Mac hadapan.

Menurut YG, Rose telah selesai menjalani penggambaran muzik video lagu terbabit.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi anggota Blackpink, Lisa akan turut mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang lain untuk tampil dengan lagu solo sendiri.

Selain mereka berdua, sebelum ini hanya Jennie yang pernah muncul dengan single berjudul Solo pada 2018.

Sementara itu, Jiso pula dlihat semakin cemerlang dengan karier lakonan dan kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Snowdrop.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

BLACKPINK