muffin bayam berkeju

Unik dan menarik resipi mufin bayam berkeju ini. Hidangan ini, amat sesuai dihidangkan buat anda seisi keluarga. Teknik pembuatan tidaklah begitu sukar. Apa lagi tunggu, jomlah cuba..!

BAHAN
1 cawan tepung naik sendiri
½ sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar gula kastor
½ cawan bayam ( baby spinach ) – celur
¼ cawan daun basil
¼ cawan parutan keju parmesan
½ cawan buttermilk
¼ cawan minyak zaitu extra virgin
1 biji telur

CARA
1.Ayak ke semua bahan kering bersama.
2.Pukul buttermilk bersama minyak zaitun dan telur sehingga separa kembang.
3.Masukkan bahan kering kacau perlahan sehingga menjadi adunan. Kemudian, masukkan daun basil, keju dan bayam. Gaul rata adunan sebentar.
4.Setelah itu, masukkan adunan ke dalam bekas mufin dan siap sedia untuk dibakar.
5.Bakar pada suhu 175⁰C selama 18 hingga 20 minit.

PESAN CEF : Untuk penyimpanan melebihi sebulan, mufin dibungkus dengan cling film dan aluminium foil kemudian simpan di dalam peti sejuk beku.

Resipi: Cef Zainal Masdari

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi