SEBAIK sahaja kerajaan mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibatalkan kecuali ke atas empat negeri, jumlah kes baharu hari ini dilaporkan mencatatkan peningkatan sebanyak 544 kes berbanding semalam.

Kes baharu yang dicatatkan semalam adalah sebanyak 2,176 kes, yang merupakan jumlah kes paling rendah sejak 5 Januari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata menyatakan jumlah kematian yang dicatatkan hari ini adalah seramai lapan orang dengan jumlah kematian keseluruhan 983 kes.
Sementara itu jumlah mereka yang sembuh setakat tengah hari tadi adalah seramai 5,718 orang dengan jumlah kumulatif kes sembuh 224,053 kes, iaitu kes sembuh harian tertinggi.
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,300 kes (47.8 peratus), sementara Sabah mempunyai 132 kes hari ini setelah turun dua digit semalam untuk pertama kalinya dalam beberapa bulan.
Jumlah kes baru juga tinggi di Johor, yang melaporkan 451 kes hari ini berbanding 269 kes semalam.
Perlis merupakan satu-satunya negeri yang berada di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) mulai 19 Februari – tidak melaporkan kes untuk hari ketiga berturut-turut.
Kluster
Daripada jumlah ini, sebanyak 1,067 kes (82.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Johor sebanyak 451 kes (16.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 318 kes (11.7 peratus).
INFO ringkas
Kes sembuh=5,718
Jumlah kes sembuh=224,053 kes
Kes baharu positif=2,720 kes
Jumlah positif=269,165
Kes kematian=8
Jumlah kes kematian=983 kes
Kes dirawat di ICU=253 kes
Bantuan Alat Pernafasan=118
- – UtusanTV
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram.