Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun menjadi bualan hangat gara-gara isu kurus dan sebutan bahasa Inggeris menerusi satu persidangan maya baru-baru ini.

Jelas Dr Syahr Musafir, masyarakat lebih gemar menilai sesuatu perubahan atau perbuatan daripada sudut negatif sehingga memberikan impak kurang sihat kepada cara pemikiran.

Malah, dakwaan kontroversi menyatakan wanita itu menjalani pembedahan ‘buang perut’ sepatutnya tidak dijadikan isu, sebaliknya kejayaannya harus diraikan dan dijadikan sumber inspirasi.

Tegasnya lagi, berlebihan dalam mempersendakan seseorang bertutur dalam bahasa Inggeris hanya menyebabkan lebih ramai takut untuk tampil dan belajar secara terbuka, bimbang dikecam andai salah sebut.

Ikuti perkongsian menarik untuk dijadikan panduan bersama dan belajar untuk tidak menghukum.

“Nama “Rina Harun” sedang trending sekarang ini. Orang yang tak kenal YB Rina Harun (RH) sebelum ini jadi kenal dah RH sekarang.

“Maaf ye, saya di sini bukan menulis hal berkaitan politik atau kepimpinan. Saya tengok sudah ramai orang dah menulis perihal tu. Saya di sini nak kongsi cara fikir saya tentang 2 hal melibatkan reaksi masyarakat/netizen:

“Pertama,RH trending kerana kurus. Orang letak gambar sebelum dan selepas. Menjadi igauan kerana viral seluruh alam. Yang lelaki siap buat postings bergetar tulang rusuk bagai pun ada. Adoi.

“Kontroversi terjadi apabila timbul spekulasi pembedahan ‘buang perut’ yang dibuat olehnya. Maka bermulalah kritikan negatif berkaitan duit digunakan untuk kecantikan, bla bla bla. Bermula juga kritikan berkaitan kononnya jaga kesihatan rupa-rupanya buat pembedahan kecantikan, bla bla bla.

“Sebenarnya walau apa cara sekali pun yang RH atau orang buat untuk kuruskan badan, tak perlu pun kita nak persoalkan selagi mana cara itu adalah selamat.

“Intermittent Fasting? Silakan.

“Diet Keto? Silakan.

“Regular exercise? Silakan.

“Clean eating? Silakan.

“Working out at the gymnasium? Silakan.

“Cycling? Silakan.

“Pembedahan bariatrik? Silakan.

“Selagi mana selamat, silakan saja. Tak perlu kecoh pertikai itu ini pun. Pandanglah perubahan itu sebagai positiviti. Dia sihatkan badan dia, dia bukan rosakkan badan dia dengan ambil dadah, hisap rokok atau bunuh diri. Tak perlu kutuk pun.

“Dia guna duit rakyat yang dia dapat untuk cantikkan diri dia? Alahai persoalan macam tinggal sebumbung dengan RH pula. Walaupun ramai orang marah dan mempersoalkan gaji menteri dan orang politik terlalu tinggi, tetapi itulah realitinya. Selagi mana guna gaji sendiri yang merupakan hak dia atas jawatan yang dipegangnya, siapa kita untuk mempersoalkan dia guna duit gaji untuk buat apa. Betul tak?

“Sepatutnya kejayaan RH menguruskan dan menyihatkan badan dilihat daripada sudut pencapaian itu. Ambillah inspirasi untuk jaga badan kita juga. Kalau ambil isu itu untuk buruk-burukkan RH atau orang lain, kita kena sedar minda kita itulah yang sedang berpenyakit akibat ‘obesiti cara fikir.’

“Kedua, RH trending kerana sebutan bahasa Inggerisnya.

‘Doubt’ disebut ‘daub’ sepatutnya disebut ‘daut’, diperbetulkan oleh selebriti Adibah Noor. Perkataan ‘Doubt’ menjadi masalah bukan sahaja kepada kita orang Melayu, tetapi juga menjadi masalah dalam kalangan orang Inggeris juga. Sebab apa?

“Sebab ada huruf B dalam perkataan yang tak perlu sebut/bunyikan huruf B. The B is silent in the word ‘Doubt.’ Doubt dalam Kata Kerja membawa maksud ‘To hesitate’ – teragak-agak, atau ‘To question’ – Mempersoalkan.

“Dalam Kata Nama, doubt membawa maksud ‘Uncertainty’ – Sesuatu yang tak tentu, atau ‘Confusion’ – Kekeliruan. Asal perkataan doubt itu daripada ‘Dubitare’ daripada bahasa Latin yang membawa maksud yang sama sepertimana doubt, dipinjamkan ke bahasa Inggeris sebagai ‘Doute’ dan akhirnya diInggeriskan lagi dengan ejaan ‘Doubt.’

“Walaupun dieja doubt, sebutannya kekal sebagai ‘daut’ atau doute. Daripada ‘Doubt’ inilah wujudnya ‘Dubious’ bermaksud hesitating atau doubting – kan sama maksud dengan doubt, dan daripada doubt jugalah munculnya ‘Indubitaly’ yang membawa maksud ‘impossible to doubt”, sama saja maksudnya dengan ‘Doubtless’ – tiada kekeliruan, atau ‘Undoubtedly’ – tak ada kekeliruan, persoalan atau pertikaian. Semua perkataan itu ada huruf B, perasan tak ‘Dubious’ dan ‘Indubitaly’ itu perlu disebut B itu, tak boleh hilangkan/silent macam nak sebut doubt. Disebabkan inilah B perlu ada dalam perkataan doubt walaupun tak disebut.

“Eh? Jadi macam kelas bahasa Inggeris pula. Jangan kutuk RH, bro and sis sekalian. RH bukan orang putih, KITA pun bukan orang putih. English is not our mother tongue, not even our first language. Kalau masuk kelas bahasa Inggeris tinggi barulah belajar semua ni. Kalau belajar bahasa Inggeris untuk komunikasi, tak belajar pun semua ni. Malah, tak ditekankan pun.

“Justeru, maafkanlah RH. Berhentilah mengutuk. Adibah Noor nak perbetulkan kerana dirinya merupakan guru bahasa Inggeris, this is good for her. Saya menulis di sini bukan untuk Adibah baca, tetapi untuk masyarakat/netizen baca supaya janganlah berlebihan mengetawakan RH dan seluruh orang Melayu yang bercakap dalam bahasa Inggeris.

“Kita tak perlu sempurna sebutan Inggeris untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Kutukan terhadap RH itu memberi impak buruk kepada ramaiiiiiiii orang Melayu yang nak bercakap dalam bahasa Inggeris.

“Aku tak nak la cakap Inggeris, nanti sebut salah, kena kecam!”

“Kalau broken English, orang akan kutuk aku!”

“Lidah aku keras, cakap English nanti bunyi Kelantan. Dulu satu kelas ketawakan aku, sekarang kalau aku cakap Inggeris, satu dunia akan ketawakan aku!”

“Bro dan Sis semua, daripada kesalahan itu kita belajar. Bukan mengutuk orang yang buat salah. Orang Inggeris pun, ramai tak reti sebut perkataan-perkataan bahasa Inggeris dengan tepat. Sama juga dengan ramai orang Melayu yang tak reti mengeja atau menyebut perkataan Melayu dengan tepat.

“English is a language for communication. Not even related to level of intelligence. Jadi gunakan English sebagai medium komunikasi, interaksi dan seumpamanya, gunakanlah selayaknya, sebab apabila berkomunikasi, kita nak orang yang dengar faham apa yang kita cakap. ‘Doubt’ disebut ‘daub’, ‘dob’, atau ‘daud’ sekali pun, apabila orang yang dengar itu faham, maka sebutan itu jadi tak salah pun. Belajarlah untuk membudayakan cara fikir sebegini.

“Jangan buat orang rasa takut untuk bercakap dalam bahasa Inggeris disebabkan mentaliti ‘Kalau dia salah sebut, aku akan gelakkan dia, aku akan kutuk dia, aku akan burukkan dia!”

Species Saya belajar di Australia, dan saya pernah menjadi pendebat/debator. Pernah satu kali, tajuk yang diberikan berkaitan spesis haiwan, dan dalam teks ucapan/debat saya, saya perlu sebut perkataan ‘Species’ apabila perlu melibatkan terma genetik dan sebagainya.

“Saya sebut ‘Species’ dengan sebutan ‘spi-shiz’ (spee-sheez). Sebab saya terbiasa dengan pronounciation Amerika/British. Saya masih ingat ada kenalan saya, seorang Melayu, ketawakan saya. Katanya, “Salah tu!”Tak ada seorang orang Inggeris Australian pun mentertawakan saya, kritik, tegur atau burukkan saya, sedangkan mereka memberi ucapan dengan menyebut ‘Species’ dengan sebutan ‘spi-sis’ (spee-sees), sebab dalam Australian English, species disebut spi-sis, tiada H (shis).

“Bahkan S pada akhir perkataan disebut dengan bunyi S, bukan bunyi Z pun. Mereka tak perlu perbetulkan saya, sebab spi-shiz adalah sebutan yang betul, dan saya tak perlu perbetulkan mereka, kerana spi-sis juga adalah sebutan yang betul. Boleh dengar sebutan di sini https://www.youtube.com/watch?v=-1mJDp19Dyo

“It is OK.Kalau anda bercakap dengan orang Korea atau Jepun, mereka menyebut ‘Best’ dengan sebutan ‘Bester/Besto’ tolonglah jangan kecam. Tak salah pun mereka sebut macam tu. Tak payah perbetulkan pun. It is OK.

“Panjang saya tulis ni, sebab apa? Sebab saya harap kita boleh lihat dua isu ini dari sudut positif. Sebagai orang Melayu, durian perlu disebut sebagai durian, bukan du-ri-yen. Tetapi apabila orang putih sebut du-ri-yen, it is OK #CoretanSantaiSyahr#IsuViral#KisahMasyarakat

FB Syahr Musafir Selasa 16/02/2021.”

Sumber : Syahr Musafir