talam roti paun

Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis, warna dan rasa kuih talam. Kali ini Saji kongsikan resipi talam roti paun oleh Azimah Mansor yang sedap dan lazat. Jom tengok bahan yang diperlukan dan langkah demi langkah untuk menghasilkan juadah ini.

BAHAN LAPISAN BAWAH
20 gm tepung gandum
¼ sudu kecil esen vanila
250 gm roti putih – carik
2 biji telur
50 gm kismis
100 gm gula
½ sudu kecil garam
200 ml santan pekat
250 ml air

BAHAN LAPISAN TENGAH
100 gm tepung gandum
100 gm gula
2 biji telur
½ sudu kecil garam
150 ml santan pekat
350 ml air
¼ sudu kecil perasa pandan
Sedikit pewarna hijau

BAHAN LAPISAN ATAS
100 gm tepung kastard
100 gm gula
¼ sudu kecil garam
¼ sudu kecil esen vanila
2 biji telur
150 ml santan
350 ml air
Sedikit pewarna kuning lemon

CARA

AHAN LAPISAN BAWAH
20 gm tepung gandum
¼ sudu kecil esen vanila
250 gm roti putih – carik
2 biji telur
50 gm kismis
100 gm gula
½ sudu kecil garam
200 ml santan pekat
250 ml air

BAHAN LAPISAN TENGAH
100 gm tepung gandum
100 gm gula
2 biji telur
½ sudu kecil garam
150 ml santan pekat
350 ml air
¼ sudu kecil perasa pandan
Sedikit pewarna hijau

BAHAN LAPISAN ATAS
100 gm tepung kastard
100 gm gula
¼ sudu kecil garam
¼ sudu kecil esen vanila
2 biji telur
150 ml santan
350 ml air
Sedikit pewarna kuning lemon

CARA

1.UNTUK LAPISAN BAWAH : Satukan ke semua bahan lapisan bawah di dalam loyang 10 x 10 yang dilapik dengan plastik dan rendam selama 10 minit. Kukus selama 20 minit.
2.UNTUK LAPISAN TENGAH : Satukan ke semua bahan lapisan tengah dan kisar sehingga sebati. Masukkan dalam periuk di atas api sederhana dan kacau hingga naik wap.
3.Tuangkan adunan lapisan tengah di atas lapisan bawah. Kukus selama 10 minit.
4.UNTUK LAPISAN ATAS : Satukan ke semua bahan lapisan atas dan kisar sehingga sebati. Tuangkan adunan dalam periuk dan masak di atas api sederhana. Kacau sehingga naik wap.
5.Kemudian, tuang adunan lapisan atas di atas lapisan tengah. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.
Azimah mansor
Resepi: Azimah Mansor (Zie Azie Bakery & Class)

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi