ayam ranggup oat bersama sos hoisin pedas manis

Sedapnya ayam rangup oat bersama sos hoisin pedas manis ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN
400 gm ayam – bahagian dada-potong nipis
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar tepung jagung
2 ulas bawang putih – cincang
½ sudu kecil lada putih
Sedikit garam

1 biji telur – pukul
1 cawan oat
Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN SOS HOISIN PEDAS MANIS
3 ulas bawang putih – cincang halus
2 cm halia – cincang halus
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos Hoisin
1 sudu besar sos tiram
½ cawan stok ayam
½ cawan tepung jagung – campur sedikit air
½ sudu kecil minyak bijan
Sedikit garam, gula dan lada putih

BAHAN HIASAN
4 tangkai daun bawang
1 batang cili merah
1 batang leek

CARA:
1.Ayam dibersihkan kemudian gaulkan dengan serbuk cili, tepung jagung, bawang putih, lada putih dan garam. Perapkan selama 15 minit.
2.Kemudian celupkan ayam ke dalam telur dan salutkan dengan oat sehingga rata.
3.Goreng ayam dengan minyak yang panas sehingga kuning keemasan. Angkat dan asingkan.
4.UNTUK SOS: Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
5.Masukkan sos cili, sos Hoisin, sos tiram dan stok ayam.
6.Pekatkan dengan campuran tepung jagung. Akhir sekali masukkan minyak bijan dan perasakan dengan garam, gula dan lada putih. Hidangkan bersama ayam yang telah digoreng tadi.

Resipi: Cef Kamarul

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi