lala lemak putih

Pasti ramai yang menggemari hidangan lauk pauk kampung yang dimasak berkuah mahupun kering. Jadi apa kata anda cuba hidangan lala masak lemak putih yang Saji kongsikan kali ini.

BAHAN
1 kg lala
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang serai
2 tangkai cili merah
2 cawan santan pekat
Garam dan gula

CARA
1.Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
2.Masukkan santan dan serai yang diketuk.
3.Masukkan lala dan masak hingga terbuka.
4.Perasakan garam dan gula.
5.Tambahkan cili merah sebagai hiasan.

Resipi: Zailani Abd Rahman, Pasir Mas, Kelantan.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi