biskut chocolate chip
biskut chocolate chip

Untuk anda yang menggemari biskut cip coklat, resepi cip coklat dengan coklat putih ini wajib anda cuba. Sedap dan rangup. Sekali makan pasti tak boleh berhenti.

BAHAN
2 ¼ cawan tepung gandum
1 cawan mentega – lembutkan
¾ cawan gula kastor
¾ cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil garam
2 cawan cip coklat
1 cawan kacang badam
220 gm coklat putih – potong kecil

CARA
1.Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2.Pukul mentega, gula kastor, gula perang dan esen vanila sehingga kembang serta berkrim.
3.Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
4.Masukkan campuran tepung dan pukul sehingga adunan sebati.
5.Kemudian masukkan cip coklat dan badam. Kacau sehingga sebati.
6.Ambil sedikit adunan dan masukkan coklat putih di dalamnya.
7.Bakar pada suhu 180°C selama 8 minit hingga 10 minit atau sehingga kekuningan.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi