Sekolah rendah dibuka 1 dan 8 Mac, menengah 4 April

0
2598
buka sekolah
DrRadzi Jidin mengumumkan tarikh buka sekolah pada sidang media hari ini.

Akhirnya terjawab sudah pertanyaan ramai mengai tarikh buka sekolah. Untuk makluman semua, prasekolah dan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mula dibuka pada1 Mac ini untuk murid Tahun 1 hingga 2.

Bagi murid Tahun 3 hingga 6 pula mula dibuka 8 Mac ini, umum Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebentar tadi.

Katanya, dua peringkat pembukaan untuk sekolah rendah ini bagi membolehkan proses penyesuaian kepada prosedur operasi standard (SOP) dilakukan oleh murid-murid.

“Bagi pelajar sekolah menengah pula, mereka akan kembali ke sekolah pada 4 dan 5 April mengikut kumpulan zon negeri,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman buka sekolah di Putrajaya hari ini.

Tambahnya, sekolah menengah lebih lewat dibuka disebabkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula Isnin ini.

“SPM tahun ini berlangsung dalam SOP yang penuh terperinci yang menyaksikan penggunaan lebih banyak kelas sebagai bilik alternatif selain dewan peperiksaan.

“Bahkan ada juga bilik khas yang perlu disediakan termasuk bilik isolasi dan dan bilik transit untuk keperluan calon SPM,” jelasnya.

Justeru jelas beliau, memandangkan keperluan logistik cukup banyak untuk SPM, KPM mengambil keputusan yang semua pelajar sekolah menengah hanya akan kembali ke sekolah selepas cuti pertengahan penggal.

“SPM akan berakhir pada hujung Mac dan cuti pertengahan penggal antara 26 Mac hingga 4 April,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Sekolah: Seluruh negara kelas online, bersemuka untuk SPM, STPM

Bila buka sekolah akan dimaklum? Ini penjelasan Dr Radzi Jidin

Menurut Dr. Radzi, dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, beliau telah membentangkan cadangan KPM berkaitan tarikh pembukaan sekolah.

“Kita sedar tempoh setahun yang lalu merupakan tempoh yang amat sukar untuk sektor pendidikan.

“Kita telah mula pengajaran dan pembelajaran dri rumah (PdPR), masa berlalu dan kita banyak pelajari dalam tempoh setahun lalu.

“Setiap perancangan dibuat mengikut data yang ada, dilaksanakan untuk kepentingan semua. Pendekatan diambil berdasar input dan maklum balas semua.

“Kita tak boleh penuhi semua kehendak dalam kekangan yang ada tetapi tapi kami di KPM komited untuk memberikan yang terbaik di sebalik kekangan ini,” ujarnya.

Sesi persekolahan yang bermula 20 Januari lalu hanya untuk mereka yang berada pada tahun peperiksaan utama sahaja.

Penangguhan sesi persekolahan bersemuka dibuat susulan peningkatan semula kes COVID-19.

Ia memaksa Kemententerian KPM meminda perancangan asal dengan pelajar bukan di kelas peperiksaan kini mengikuti PdPR.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.