Air asam menyengat. Cicah ikan kukus memang jauh pergi dia!

0
245
air asam

Air asam pedas, pekat dan sedap, memang boleh buat bertambah nasi, lebih-lebih lagi digandingkan dengan ikan kukus atau bakar dan ulam kampung.

Cara nak menyediakannya mudah sahaja. Namun wajib gunakan asam jawa biji, barulah umphhh.

Bahan :

10 biji Cili padi

2 biji Cili merah

1 biji Tomato – nak letak lebih pun boleh

1 labu Bawang besar – potong nipis

Cara :

Asam jawa biji. Ambil separuh begini. Pakai asam jawa biji bila buat air asam, dia punya kick tak boleh masuk berbincang langsung sedapnya.
Belacan besar ni ye. Kalau nak kurangkan pun boleh, kang ada pula yang kata “weh ronggak hidung aku weh”. Gitulah bunyinya. Beritahu sesiap.
Gaulkan asam jawa dengan 1 cawan air suam.
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Perasakan dengan garam.
Gula 2 sudu makan. Ada rasa manis, masam, pedas, sedap. Perghhh! Tak mampu nak teruskan, kena cubalah.
Hancurkan belacan dengan tangan dan baru masukkan ke dalam adunan tadi.
Sos tomato satu sudu besar.
Sos cili satu sudu besar
Tapis air asam jawa tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
Langkah akhir, gaul gunakan tangan supaya sebati. Inilah dikatakan air tangan ibu.
Enak dinikmati bersama ikan kukus atau ikan bakar.

Sumber : Ameera