COVID: 2,461 kes baharu, Kelantan catat kenaikan mendadak

0
80
covid kematian

SEBANYAK 2,461 kes baharu COVID-19 direkodkan setakat tengah hari tadi dengan lapan kematian dilaporkan, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagi kes baharu tersebut, kesemuanya adalah kes tempatan yang mana 1,589 daripadanya adalah warganegara yang mewakili 64.6 peratus dan bakinya merupakan pesakit bukan warganegara.

Jumlah mereka yang sembuh setakat tengah hari tadi adalah seramai 4,782 orang, dengan jumlah kumulatif kes sembuh: 244,753 kes (87.33 peratus), manakala kes aktif adalah 34,468 kes.

Dengan jumlah kematian baharu adalah lapan kes yang kesemuanya adalah warganegara, menjadikan jumlah kumulatif kematian merupakan 1,051 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia melibatkan empat kes kematian di Sarawak, masing-masing satu kes di Selangor, Sabah, Perak, dan Kelantan.

“Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,001 kes (40.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 757 kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Kelantan mencatatkan kenaikan mendadak kes baru dengan 257 jangkitan, berbanding 38 kes harian yang dicatatkan semalam dan diikuti oleh Johor sebanyak 233 kes (9.5 peratus).

BERITA BERKAITAN 2,936 kes baharu, hampir separuh warga asing

Status terkini COVID-19 (setakat 20 Februari 2021)

Jumlah kes sembuh baru: 4,782 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 244,753 kes (87.33%)

Jumlah kes baharu COVID-19: 2,461 kes
Jumlah kumulatif: 280,272 kes

Jumlah kes aktif: 34,468 kes

Kes tempatan: 2,461 kes (1,589 WN i.e. 64.6%, 872 BWN i.e. 35.4%)
Kes import: 0 kes

Jumlah kematian baru: 8 kes (8 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 1,051 kes (0.37 %)

Jumlah kes di ICU: 207 kes
Pesakit COVID-19 Intubated: 91 kes

Ikuti pelbagai berita dan artikel terkini di FacebookTwitter dan Instragram UtusanTV.com.