kilfairy

PELAKON Kilafairy tidak menyembunyikan soal hubungan cintanya dengan seorang pemuda yang dikenali sebagai Sa’aid Aiman Hazley.

Malah, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan,28, turut tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga meskipun sudah mengenali teman lelakinya sejak di bangku sekolah lagi.

“Saya sudah 13 tahun mengenali dia iaitu ketika di sekolah lagi. Tapi kalau bercinta, baru setahun lebih. Insya-Allah kalau berjodohan dengan dia,” katanya ringkas.

Bercakap soal perkembangan karier seni pula, Kila bakal tampil dengan single baharu yang berkonsep pop.

“Single terbaharu saya berjudul Ratu, namun sebenarnya tajuk lagu itu masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records.

“Setakat ini saya sudah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Kila dipilih untuk menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan UFORA. Menurutnya, dia bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan seperti lipmatte dan blusher.

Sebelum itu, dia diberikan lipmatte keluaran UFORA dan mencubanya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan serta keserasian sebelum menyatakan persetujuan.

“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu berkata ya.

“Tapi apabila mencubanya, saya sendiri menyukainya. Ia amat menarik buat saya.

“Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipmatte dari UFORA menerusi kerjasama UFORA X KILAFAIRY memang rasa seperti tidak pakai lipstik,” katanya.

Menurutnya tekstur lipmatte 2021 ini yang lembut sememangnya tidak akan didapati dalam mana-mana produk tempatan lain.

“Produk lipmatte antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipmatte UFORA. Harganya pula amat berpatutan hanya RM35 yang dianggap mampu milik,” tuturnya.

Sebagai ‘public figure’, dia turut prihatin dengan keadaan semasa di mana ramai individu hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Ini mencetuskan dirinya dan pengasas UFORA, Supia Saupi, 28, untuk memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal.

“Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.

“Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu.

“Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” jelasnya.

Tambahnya lagi, UFORA menggunakan namanya untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Apapun produknya memang ‘meletup’ dan sangat bagus dan senang nak jual. Jadi tolonglah cuba dahulu. Untuk permulaan, kerjasama kami ini akan berjalan dalam tempoh dua bulan.

“Namun saya difahamkan mereka berminat nak sambung lagi untuk tempoh tertentu. Apapun, saya bekerja secara profesional dan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Saya pun nak bantu UFORA dan orang-orang diluar sana. Apa yang saya boleh buat ialah mempromosikan produk ini untuk bagi orang cuba dan beli sekaligus mereka yang berniaga dengan UFORA akan dapat jual produk dengan mudah dan mendapat keuntungan,” ungkapnya.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi