“Mengecam, menyindir, memalukan sesuatu pihak seakan menjadi budaya,” – Cikgu Fadli Salleh

0
70

Budaya mengecam dan memalukan seseorang secara publik dilihat seakan menjadi budaya normal, dan diklasifikasikan sebagai bahan jenaka untuk meraih publisiti.

Dan kisah guru Sains yang diselar netizen gara-gara didakwa menggunakan istilah salah, tatabahasa yang tidak betul dan tiada slang Inggeris turut mendapat perhatian Fadli Salleh, guru popular yang aktif mengajar menerusi medium Facebook secara live.

Jelasnya, keberanian guru wanita itu untuk tampil di kaca televisyen menyampaikan ilmu seharusnya dipuji. Malah tegasnya, apa yang penting objektif dapat disampaikan dengan betul dan murid faham.

Kongsi Fadli lagi, andai para guru ada kesilapan, tegurlah secara berhemah, bukan memalukan dan menjatuhkan martabat.

Tular pasal cikgu Sains yang mengajar di Didik TV dikecam kerana ada istilah salah, sebutan tak ada slang mat saleh, pronounce kureng dan grammar tak betul.

1. Mengajar secara LIVE atau dikonti TV tidak mudah walau untuk mereka yang berpengalaman.

2. Bukan semua orang boleh beraksi dengan natural bila tahu ribuan mata bakal memandang. Maka panic, kesilapan mudah akan berlaku.

3. Guru ini bangsa Melayu. Lahir dan membesar di negara Malaysia. Nak harap dia cakap English slang macam mat saleh? Gila. Sama macam kau suruh mat saleh yang belajar Bahasa Melayu cakap macam kita cakap. Boleh?

4. Beliau guru Sains. Bukan guru English. Keberanian beliau nak tampil ke depan untuk mengajar tu pun dah satu rahmat dan patut dipuji, bukan dikeji.

5. Mata beliau memandang skrip masa mengajar. Kesilapan istilah dan grammar, besar kemungkinan salah dalam skrip yang ditulis. Patut ada pihak professional semak dahulu skrip, patut ada yang proofread sebelum luluskan skrip. Kesilapan dan kelemahan bab ni perlu diperbaiki.

6. Objektif pembelajaran adalah subjek Sains. Maka kesalahan sedikit sebanyak grammar sepatutnya tidak menjadi isu pun. Ilmu dapat disampaikan, murid faham, objektif tercapai. Lain la jika subjek English. Dan sekali lagi, jika ada pihak yang mahir dalam Bahasa Inggeris yang proofread skrip dan semak semua grammar dan istilah sebelum rakaman bermula, pasti lebih baik. Grammar yang betul dapat diguna dalam kelas adalah lebih baik walau bukan subjek English.

7. Mengecam, menyindir, memalukan sesuatu pihak seakan menjadi budaya dalam sesetengah masyarakat kita. Tajuk cerita diperbesarkan, martabat guru diperlekehkan. Ada pihak guna tajuk “Macam ini level cikgu negara kita?” hanya kerana kesalahan kecil. Ada salah, tegur melalui saluran yang betul tanpa perlu memalukan dan menjatuhkan martabat sesiapa.

8. Percayalah. Dalam menuntut ilmu ini perlu ada keberkatan. Dan keberkatan itu terletak pada redhanya seorang guru. Guru bukan maksum, ada salah. Kesalahan itu perlu ditegur dengan cara yang betul, bukan dijadi bahan gelak ketawa dan dipersenda.

9. Yang mana hebat sangat mengecam itu ini, cuba tawarkan diri mengajar secara LIVE atau di TV. Nak juga tengok hebat tara mana sampai kecam macam sempurna sangat ni.

10. Buat guru tersebut, anda hebat. Anda sangat berani. Pedulikan kata-kata negatif netizen. Ambil yang positif dan terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa. Saya sangat kagum dan bangga dengan cikgu. Sekian, terima kasih.#MFS.”

Sumber : Mohd Fadli Salleh